
Sesi pengajian Julai 2011, Kelab Audio Visual JKE akan ditubuhkan dan digerakkan secara aktif. Peneraju ahli-ahli kelab perintis pertama adalah daripada para pelajar kursus E4121 sesi Julai 2011 ini. Satu mesyuarat perlantikan AJK Kelab akan diadakan pada minggu ke-2 sesi semester nanti. Tujuan penubuhan kelab ini adalah saranan Ketua Jabatan yang ingin menonjolkan kebolehan tambahan, serta intipati kreatif dalam produksi audio visual peringkat jabatan. Adalah menjadi harapan kelab ini bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti serta program-program anjuran JKE khususnya.
No comments:
Post a Comment